PT.GURINDAM MEDIA KEPRI- Mencerdaskan & Memuliakan

Tergugah Peluk Islam, Pemuda Letak Kertas Atas Sejadah Untuk Belajar Solat

Mencerdaskan & Memuliakan - Januari 31, 2021
Tergugah Peluk Islam, Pemuda Letak Kertas Atas Sejadah Untuk Belajar Solat
Tergugah Peluk Islam, Pemuda Letak Kertas Atas Sejadah Untuk Belajar Solat - (Gurindam.id)
RajaBackLink.com

GURINDAM.ID- Baru-baru ini, sebuah posting tular di laman Twitter memaparkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.

pemuda itu tergugah atas ajaran agama rahmatan lilalamin sehinnga Peluk Islam. terlihat dalam foto Pemuda Letak Kertas Atas Sejadah Untuk Belajar Solat.

baca juga: terguha atas Islam

Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Abdel Rahman sehingga menjadi perhatian warganet. Lebih mengharukan, pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan rukun Islam kedua itu.

“Pemuda Amerika ini yang baru sahaja memeluk Islam sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MashaAllah semoga Allah berikan ketabahan dalam Islam,” tulisnya.

Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 22,900 kali serta pelbagai komen diberikan oleh netizen.

Sementara itu, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas petunjuk yang diterima serta penghijrahan pemuda berkenaan.

Malah, mereka turut mendoakan agar pemuda tersebut diberi kesihatan serta dipermudahkan segala urusan dalam mempelajari ilmu agama Islam pada hari mendatang.

Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari selok-belok agama Islam serta dikelilingi rakan serta sahabat yang berkongsi pelbagai ilmu. (Sen)

Baca Juga  Interfaith dan Islamophobia (terakhir)
Click Bener Subscribe youtube Gurindam.id

Tinggalkan Komentar

LIKE FANPAGE

Our Visitor

096207
Users Last 30 days : 1407
Users This Month : 46
Views This Year : 2198
Who's Online : 0
Your IP Address : 216.73.158.160
Server Time : 2023-02-01
Baca Informasi Berita Aktual Dari Sumber terpercaya